Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Larangan Kapal Terbang Berlepas Ketika Azan

Larangan Kapal Terbang Berlepas Ketika Azan

Walaupun Iran sebuah negara Syiah, namun dalam hal-hal tertentu yang melibatkan perlaksanaan syariat Islam, ia wajar dicontohi oleh negara-negara Islam lain. Terbaru Kerajaan Iran menguatkuasakan undang-undang yang melarang pesawat penerbangan berlepas ketika azan berkumandang.
Pertubuhan Penerbangan Awam Iran semalam mengumumkan perintah semua pesawat tidak dibenarkan berlepas ketika azan dilaungkan sebelum umat Islam bersolat. Semua pesawat yang dijadualkan berlepas di Iran kini perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sehingga azan subuh selesai.
 Larangan Kapal Terbang Berlepas Ketika Azan
Ketua Pertubuhan Penerbangan itu, Hamid Reza Pahlevani dipetik oleh Agensi Berita Pelajar Iran sebagai berkata, perintah itu adalah untuk membenarkan penumpang menunaikan tanggungjawab agama mereka.
Jurucakap Jawatankuasa Budaya Parlimen, Ali Taherani dipetik oleh Reuters berkata, selain daripada sekatan penerbangan, pemantauan juga dilakukan terhadap pakaian wanita yang bekerja di lapangan terbang atau syarikat penerbangan.
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved