Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Terkini Artis Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq Hubungan Cinta Direstui Keluarga!

Artis cantik popular Tiz Zaqyah memperkenalkan kekasihnya Daniel Haziq secara rasmi kepada Media dan peminat! Adakah hubungan serius mereka akan berakhir ke jinjang pelamin? Tiz Zaqyah sudah tidak kisah kerana keluarga masing-masing sudah bersetuju dan merestui hubungan mereka. Ini bermakna, Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq benar-benar serius dalam percintaan mereka.

Tiz+Zaqyah+dan+Daniel+Haziq+Hubungan+Cinta+Direstui+Keluarga

Kisah Percintaan Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq

Kisah pelakon putih gebu, (Gambar) Tiz Zaqyah sedang hangat bercinta dengan seorang pemuda yang dikenali sebagai (Gambar) Daniel Haziq bukan lagi rahsia. Selepas bersikap terbuka apabila boleh dikata aktres ini sering berkongsi bersama peminatnya menerusi laman Instagram mengenai hubungan cintanya, dan semalam Tiz nampaknya sudah berani 'memperkenalkan' kekasihnya pada pihak media.  

Ini kerana sewaktu di majlis sidang media drama bersiri lakonannya, Jodoh Itu Milik Kita, kelihatan lelaki yang boleh tahan tampan itu turut hadir sama menemani Tiz. Sebelum ini Tiz Zaqyah pernah bercinta dengan Remy Ishak.

Bukan berniat mahu menunjuk-nunjuk, tetapi kata Tiz, kehadiran kekasihnya itu bersamanya malam tadi hanya kebetulan. Malah peluang itu secara tak langsung digunakannya untuk memberi pendedahan mengenai dunia artisnya, kepada pemuda itu. 

Tiz_Zaqyah_Seksi_Hot_Artis

Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq Akan Bertunang / Berkahwin?

"Saya ajak dia dan kebetulan dia kata nak ikut, jadi saya bawalah. Secara tak langsung ini juga sikit sebanyak pendedahan bagi dia tentang dunia kerjaya saya sebagai seorang selebriti. 

"Tapi sebenarnya dia sangat okay. Dia lelaki paling releks yang pernah saya kenal. Dari segi soal lakonan saya terutama kalau membabitkan babak romantik, dia okay. Ini kali kedua saya bawa di majlis sebegini", kata Tiz Zaqyah yang pernah bercuti dengan Daniel Haziq di Pulau Perhentian.

Hampir setahun menjalin hubungan cinta, sepertimana pasangan lain yang sedang bercinta, Tiz mengakui dia dan Daniel ada berbincang soal masa depan hubungan mereka. Namun masih terlalu awal untuk mereka memikirkan untuk membawa perhubungan mereka ke selangkah lagi ke depan - bertunang ataupun berkahwin.

Keluarga+Restui+Hubungan+Serius+Tiz+Zaqyah+dan+Daniel+Haziq

Keluarga Restui Hubungan Serius Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq

"Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami. Ya, kami ada berbincang tapi tak ada apa-apa perancangan lagi. Kami ada sasaran tapi tak tahu lagi bila", ujarnya ringkas. 

Dalam pada itu, Tiz berkata tahun ini merupakan tahun yang baik bagi dirinya kerana sesibuk mana pun dia dengan aktiviti seni, dia masih dapat mencuri masa untuk menikmati masa lapangnya. mohdrohaizad.com - so sweet kan?

"Allhamdulillah, hidup saya semakin bagus. Tahun ni saya rasa saya lebih enjoy. Dalam pada banyak tawaran yang saya terima dan banyak pengalaman baru saya lalui, saya masih ada masa untuk aktiviti masa lapang saya. Tak lah kelam kabut sangat", katanya.

Tiz+Zaqyah+Berlakon+Drama+Jodoh+Itu+Milik+Kita

Tiz Zaqyah Berlakon Drama Jodoh Itu Milik Kita

Tiz bakal muncul menerusi drama Jodoh Itu Milik Kita yang bakal bersiaran mulai 19 Ogos depan di Mustika HD (saluran 134). Drama yang adaptasi dari novel judul yang sama nukilan Sara Aisha ini menyaksikan gandingan Tiz bersama  Farid Kamil

Perkembangan lain, selepas Aidilfitri nanti Tiz berkemungkinan akan menjalani penggambaran sebuah filem. Namun buat masa ini semuanya masih dalam perbincangan. 

Dalam masa sama Tiz memberitahu dia sedang mempertimbangkan lamaran menjayakan sebuah sebuah teater terbitan produksi milik Datin Seri Tiara Jacquelina. Difahamkan teater tersebut akan di pentaskan di Sabah dan Sarawak. - MalaysianDigest.


TIZ ZAQYAH, DANIEL HAZIQ KELUARGA RESTUI HUBUNGAN CINTA 
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved