Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Jutaan Kumpulan Nyamuk Serbu Perkampungan Di Rusia

Apabila terdapat banyak nyamuk di rumah biasanya sinonim dengan rumahnya yang kotor dan kurang terkena sinar matahari. Lalu bagaimana sekumpulan besar nyamuk menyerang sebuah desa pemukiman di Rusia? Apakah desa tersebut juga kurang bersih? Serbuan nyamuk kali ini berbeza. Menurut saksi mata, nyamuk-nyamuk ini memang datang berduyun-duyun seperti sedang berhijrah, tapi mereka sama sekali tidak menggigit walau kelihatannya kerumunan mereka sangat besar dan mengerikan.

Bunyi yang dihasilkan oleh gerombolan nyamuk ini mampu membuat suara kereta tidak terdengar. Perpindahan yang sangat luar biasa. Menurut pengarah The Naroch Biological Station, Tatiana Zhukova ini merupakan proses semula jadi yang wajar terjadi kerana nyamuk adalah haiwan yang meletakkan telurnya di setiap permukaan air, telur-telur itu akan menetas menjadi larva. Ketika larva itu sudah menjadi nyamuk dewasa seperti ini, mereka akan kembali ke daratan untuk berkembang biak lagi. Seperti inilah bentuk nyamuk-nyamuk yang menyerang desa Mikoltsy pada Mei 14, 2012.







Tatiana juga menambah bahawa perubahan arah angin dan cuaca juga boleh mempengaruhi perilaku haiwan, termasuk membuat mereka berkelakuan aneh, seperti yang terjadi pada nyamuk-nyamuk ini. Untung tidak terjadi di Malaysia
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved