Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Pakaian comel untuk bayi

Koleksi baju T yang comel dan selesa untuk si kecil.
ANDA teruja untuk mendapatkan pakaian-pakaian comel bagi si manja? Hush Puppies kini memperkenalkan koleksi pakaian bayi 'The Newborn' yang pertama untuk musim panas 2013.
Pelancaran koleksi fesyen terbaru ini sekali gus menjadikan butik Hush Puppies sebagai lokasi terbaik untuk mendapatkan rangkaian fesyen yang kasual dan ceria untuk seisi keluarga.
Koleksi untuk si kecil ini meliputi fesyen asas untuk bayi perempuan dan lelaki yang baru lahir hingga 24 bulan.
Falsafah keselesaan rangkaian fesyen Hush Puppies dapat dilihat menerusi hasil rekaan yang teliti serta mementingkan penggunaan serat semula jadi bagi menjamin mutu dan keselesaan si manja.
Rangkaian fesyen bayi Hush Puppies ini menampilkan rekaan yang comel dengan warna-warna lembut.
Antara fesyen kegemaran daripada rangkaian ini termasuk set gaun, romper bayi, seluar, baju-T polo, kardigan, baju bermotif haiwan dan jumpsuit.
Koleksi utama fesyen bayi Hush Puppies ini menampilkan rangkaian pakaian yang sesuai baik untuk masa bermain mahupun ketika berehat.
Kualiti pakaian yang lembut, praktikal dan mudah dipakai ini tampil dengan warna-warna comel serta menawarkan keselesaan kepada si manja anda dalam apa jua keadaan.
Koleksi fesyen bayi Hush Puppies ini kini boleh didapati butik Hush Puppies Apparel terpilih di pusat membeli belah di seluruh negara.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved