Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Isu Dadah, Saiful Apek Diperintah Bela Diri


GUA_Saiful_Apek_default_890850663
Tiga tahun lepas, industri hiburan kita kecoh apabila pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditangkap dan dipercayai memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan bersama tiga lagi pekerjanya.
Sebelum ini keempat-empat mereka telah dibebaskan pada Jun tahun lepas tapi hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan untuk memerintahkan mereka membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah pembebasan dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya tahun lepas.
Abdul Halim telah cuba meneliti kes pendakwaan ini kalau-kalau terdapat sebarang kesilapan namun semuanya mempunyai penjelasan.
Ujian air kencing keempat-empat tertuduh juga positif, jadi bagaimana mahkamah boleh katakan bahawa pegawai yang menjalankan ujian air kencing itu berbohong?
Manusia lakukan kesilapan, dan menghisap dadah pun satu kesilapan. Mahkamah mementingkan keadilan, jadi saya ketepikan semua perintah Majistret dan kesemua responden diperintah membela diri dalam kes ini di Mahkamah Majistret yang sama.
Dalam pada itu, Abdul Alim telah menetapkan Isnin ini untuk sebutan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.
Terdahulu, Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, Shaiful Baharom, dan Noremy Mohamad dibebaskan pada 25 Jun tahun lepas kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Sumber: mStar Online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved