Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Syazwan Zulkifli Kesal Dituduh Bercinta Dengan Nabila Huda, Mabuk Ketika Memandu

Syazwan Zulkifli Kesal Dituduh Bercinta Dengan Nabila Huda

Pelakon ini secara relatifnya senyap dari memberikan sebarag kenyataan kepada media tentang kemalangan yang melibatkan diri beliau, Nabila Huda & anaknya Keisha yang menjadi perhatian ramai minggu ini — sehingga ada dakwaan beliau melarikan diri.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Syazwan Zulkifli berkata bukan niat untuk melarikan diri tetapi beliau tidak dapat di’hubungi kerana telefon bimbitnya hilang ketika kemalangan berlaku.

“Saya tidak lari atau takut sama sekali. Sebaliknya, telefon bimbit saya telah hilang sewaktu kemalangan berlaku. Saya sangat terkilan kerana pada waktu kami dalam kesusahan begitu, ada yang datang dengan cara ingin membantu tetapi rupa-rupanya punya agenda mahu mencuri”

Syazwan Zulkifli juga melahirkan rasa kesal apabila ada segelintir peminat yang menyebarkan kisah yang beliau bercinta dengan Nabila Huda hanya kerana mereka terlibat dalam satu kemalangan yang sama.

“Hanya kerana kemalangan itu, ada peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan (As’ari). Takkan disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta”

Selain itu, pelakon Jodoh Itu Milik Kita ini juga berasa kesal dengan tuduhan tidak berasas sesetengah pihak yang mengatakan beliau mabuk ketika memandu sekaligus menjadi penyebab kemalangan Ahad lalu.

“Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta,” tambahnya yang mengakui masih rasa bersalah terhadap Nabila Huda & anaknya.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved