Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Nikah 21 September, Fouziah Gous Enggan Majlis Dipertikaikan

Fouziah Gous dan Md Zhafran.
SERDANG: Pelakon Fouziah Gous, 30, tidak mahu orang ramai mempertikaikan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 21 September depan kerana ia dibuat mengikut kemampuannya.

Fouziah berkata, majlis tersebut dilakukan hasil bajet daripada wang simpanan daripada titik peluhnya selama ini sebagai pelakon.
“Sebagai anak tunggal perempuan dan bongsu dalam keluarga semestinya mereka ingin meraikan perkahwinan ini dalam keadaan yang meriah dan terbaik.
“Pada saya setiap majlis perkahwinan adalah mengikut kemampuan masing-masing, jika ia dibuat dengan meriah atau besar-besaran ia adalah rezeki mereka, begitu juga kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, di sini, Jumaat.
Fouziah dan tunangnya dan Md Zhafran Md Yusof, 30, melantik Nas Great Idea Sdn. Bhd. di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini sebagai perunding majlis perkahwinan mereka.
Tambah Fouziah, dia enggan melayan pandangan orang yang sering berfikiran negatif terhadap rezeki orang lain.
Sementara itu, bercerita tentang majlis perkahwinan, Fouziah berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran daripada pihak yang ingin menaja perkahwinan tersebut.
Fouziah bahagia membilang hari untuk bergelar isteri orang.
“Ada banyak penaja yang datang untuk taja perkahwinan ini tapi saya tidak mahu kerana saya mahu lakukannya sendiri.
“Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya, Namun ada beberapa tajaan sahaja seperti barang kemas dan daripada pihak yang saya kenali sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Fouziah dan Md Zhafran akan melangsungkan pernikahan pada 21 September ini di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam.
Ia disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya.
Majlis menyambut menantu pula akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Bagaimanapun, pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 1 Jun lalu ini enggan mendedahkan jumlah hantaran, mas kahwin dan butiran lain kerana ia hanya akan dikongsi pada hari pernikahan mereka.
“Kami sepakat memilih tarikh 21 September kerana hanya tarikh itu semua ahli keluarga kedua-dua belah pihak dapat berhimpun. Lagi pula bakal adik ipar saya yang belajar di London ada di sini sebelum kembali semula menyambung pengajian sehari selepas kami bernikah.
“Ikatan perkahwinan yang bakal dibina ini lebih bermakna dengan kehadiran insan-insan terdekat,” katanya.
Fouziah bertunang dengan Md Zhafran yang merupakan ahli perniagaan itu selepas hampir tiga bulan mengenali hati budi masing-masing – Mstar Online

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved