Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

“Kalau Berkahwin Lain, Jaga Maruah & Jangan Aibkan Suami”


Bertahun naik turun mahkamah memberi keterangan tentang isu rumah tangga mereka, semalam mahkamah putuskan yang cara penceraian Aidil Zafuan & Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sah.
Aidil Zafuan yang ditemui wartawan selepas keputusan mahkamah itu mengakui sedih dengan penceraian ini tetapi tetap merasa terkilan dengan sikap Rita Rudaini yang sering memburukkan namanya melalui media sosial.

“Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” ujar Aidil Zafuan, semalam.

Rita Rudaini dalam laporan yang sama turut memberikan kenyataan beliau yang kesal dengan tindakan terburu buru Aidil Zafuan dalam proses penceraian ini selain menganggap diceraikan melalui SMS sebagai satu penghinaan buat dirinya.

“Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” ujar Rita Rudaini yang ditemui selepas keputusan mahkamah selesai.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved