Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Jam Tangan Samsung - Galaxy Gear




Akhirnya Samsung telah memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu jam tangan pintar, semalam. Jam tangan digital itu didedahkan beberapa minggu lebih awal berbanding pesaing utamanya, 

Apple yang dijangka menawarkan gajet yang hampir sama. Dikenali sebagai Galaxy Gear, ia diperkenalkan di Berlin di acara pameran elektronik tahunan Internationale Funkausstellung (IFA) kelmarin.



Galaxy Gear


Menurut Samsung, Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan kepada telefon pintar. Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63 inci.


Galaxy Gear

Galaxy Gear


Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka. Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas. Ia juga boleh menggunakan aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper. 

Gajet yang dikuasakan oleh Android itu akan mula dijual mulai 25 September ni di kebanyakan negara pada harga AS$299 (RM988) seunit.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved