Sedikitpun dia tidak pernah berasa layak untuk menerima gelaran Pelakon Komedi Wanita Terbaik yang diunggulinya menerusi Anugerah Warna, baru-baru ini. Tambahan pula, Dian watak yang dibawanya menerusi Istanbul Aku Datang iaitu filem yang melayakkan kemenangan itu, bukanlah karakter komedi.
“Apa yang saya faham, Dian seorang yang naif, lurus, jujur, setia serta mudah dipengaruhi. Kalau orang kata aksi Dian kelakar, itu adalah perwatakan Dian seperti yang pengarah inginkan, bukannya sengaja menjadikan ia komedi. Apapun, saya amat berterima kasih kepada pihak juri yang memilih saya walaupun sehingga hari ini saya sendiri tidak pasti kemenangan saya dinilai berdasarkan kriteria apa?
“Selain itu, saya juga menghormati semua finalis yang bertanding dalam kategori sama iaitu Sharifah Amani, Yana Samsudin, Sharifah Shahirah dan Intan Ladyana. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Seperti Sharifah Shahirah, misalnya dia memang dikenali sebagai pelakon komedi wanita tanah air,” katanya sedia dicabar watak-watak komedi.
Sebagai imbasan, Istanbul Aku Datang turut memenangi tiga lagi kategori di Anugerah Warna iaitu Filem Terbaik, Lakon Layar Filem Komedi Terbaik dan Pengarah Komedi Terbaik.
Lisa yang mengunjungi Balai Berita, Isnin lalu, bersama Pengarah filem berkenaan, Rafidah Abdullah, turut memuji penganjuran Anugerah Warna, yang bertujuan mengiktiraf warga ‘komedi’. Keterbukaan penganjur untuk turut mencalonkan pelakon bukan komedi akan tetapi membawakan watak-watak berunsur komedi menerusi filem yang dibintangi mereka juga satu perkembangan yang baik.
Meneruskan lagi perbualan, Lisa berkata, dia baru saja tamat penggambaran filem, Manisnya Cinta di Cappadocia yang diterajui Fazura dan Shaheizy Sam sebagai teraju utama. Memegang watak sebagai Azalea, iaitu adik kepada Iftiliyana dimainkan oleh Fazura, Lisa berasa teruja kembali ke set penggambaran filem terbitan Red Film Sdn Bhd itu.
Gelaran Aktres Terbaik Anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 tidak menghalangnya untuk menerima watak pembantu menerusi filem arahan Bernard Chauly itu.
“Salah satu impian saya adalah untuk berlakon dengan Fazura. Syukur, akhirnya impian saya tercapai. Di dalam filem ini saya memegang watak sebagai adiknya.
“Dia bukan saja cantik, gila saya tak berasa bangga menjadi adiknya? Bagi saya, Fazura memang pelakon yang berbakat. Saya kagum cara dia menukar karakter secara spontan sama ada di dalam dan di luar set sekalipun membabitkan babak berat.
“Ada sesetengah pelakon termasuk saya sendiri kena ambil ‘mood’ dulu. Berbeza dengan Fazura, masuk saja set, terus bertukar menjadi Iftiliyana. Kalau ‘off set’ pula dia suka bergurau dan berjenaka,” katanya.
Selain itu, Lisa mengakui, dia sangat selesa bekerjasama dengan Red Films lebih-lebih lagi di bawah arahan Bernard.
“Filem pertama saya, juga bersama Red Films iaitu Goodbye Boys. Kalau tidak silap saya baru 16 tahun masa itu. Antara sebab lain saya suka bekerja di bawah produksi Red Films, penekanan mereka pada ‘productions value’.
“Semua pihak yang terbabit amat tekun dan berdedikasi dalam menguruskan jabatan masing-masing. Setiap kali berkerja dengan mereka adalah proses pembelajaran buat saya.
“Lagipun, saya percaya setiap watak sekalipun kecil penting untuk melengkapi dan menggerakkan sesebuah cerita. Filem Ombak Rindu misalnya, Maya Karin dan Aaron Aziz adalah pelakon utama. Manakala saya dan Bront Palare, kami berdua memegang watak pembantu. Tetapi kehadiran Mila dan Mail, penting dalam menggerakkan filem ini,” katanya bakal menjayakan sebuah ‘supertele’ terbitan astro dalam jangka waktu terdekat ini.
Menyusul selepas penggambaran telefilem berkenaan, Lisa terbabit pula dengan pengembaraan sebuah program ‘travelogue’. Tidak sendirian mengacarakannya, Lisa ditemani suami, Yusry Abdul Halim sebagai pasangan pengacara.
“Pelancaran program ini akan diadakan tidak lama lagi dan untuk berlaku adil, saya terpaksa merahsiakan dulu judulnya. Apa yang boleh saya ceritakan mengenai konsep program ini adalah bagaimana untuk memilih percutian yang boleh memenuhi impian pasangan.
“Jika ada yang mahukan percutian mewah di sebuah pulau, kita akan beri cadangan hotel serta lokasinya sekali. Masih lagi tertumpu di lokasi yang sama, cadangan tambahan khusus untuk pasangan yang bercuti dengan bajet yang terhad. Kemudian kami buat perbandingan antara dua bajet tadi apa kelebihan dan kekurangan yang pasangan dapat.
“Insya-Allah lebih kurang 13 destinasi menarik akan kami kunjungi sebaik penggambaran dimulakan Oktober depan,” katanya kali kedua bergandingan dengan Yusry selepas filem Ular.
Lisa lancar laman web rasmi
Dalam perkembangan lain, Lisa bakal melancarkan laman web rasmi untuk membolehkan peminat setianya mengikuti per kembangan karier seni, sekali gus mengalu- alukan mereka untuk berkongsi buah fikiran.
Peminat setia Lisa boleh berbuat demikian dengan mengunjungi laman web www.lisafghends.com, manakala di laman Instagram hanya cari @lisafghends begitu juga Twitter (lisafghends) termasuk Facebook (lisa’s fghends).
“Idea untuk mewujudkan website Lisafghends dicetuskan saya bersama beberapa rakan niaga. Ia untuk menyediakan sebuah laman yang lebih khusus untuk peminat kunjungi, sekali gus mengetahui perkembangan saya. Ini kerana saya melihat ketekunan peminat yang sering mengikuti perkembangan artis tempatan melalui media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.
“Dengan adanya laman web ini, dapatlah saya berhubung lebih rapat dengan peminat. Di mana saya akan membentangkan topik yang membina untuk kami bualkan bersama. Mereka juga boleh menonton video atau ke galeri foto untuk menyaksikan sendiri bagaimana proses penggambaran filem dilakukan termasuk apa saja aktiviti seni membabitkan saya.
“Sementara yang ingin memiliki cenderahati ekslusif daripada saya, boleh membuat tempahan dan pembelian melalui laman web website lisafghends. Siapa yang mahu melihat foto terbaru saya bolehlah ke galeri untuk melihat sendiri bagaimana proses penggambaran filem dilakukan termasuk apa saja aktiviti seni membabitkan saya.
“Bukan itu saja, peminat juga boleh mendapat untuk kami bualkan bersama. Siapa yang mahu melihat foto terbaru saya bolehlah ke galeri untuk melihat sendiri bagaimana proses penggambaran filem dilakukan termasuk apa saja aktiviti seni membabitkan saya,” katanya.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment