Yuzhou – Menjadi seorang ibu bukan sesuatu yang mudah, kerana kerja-kerja seharian yang dijalankan tidak pernah berakhir. Setiap hari masa yang ada digunakan sepenuhnya.
Itu yang berlaku kepada seorang ibu di China yang ditahan oleh polis ketika dia menyusu bayinya yang berusia 18 bulan sambil menunggang motosikal. Tanpa menghiraukan orang ramai, dia menyusu bayinya itu di atas jalan selepas bayi itu menangis.
Ketika itu motosikal tersebut sedang bergerak. Sebelah tangannya memegang bayi itu manakala sebelah lagi tangan mengawal motosikal.
Polis terpaksa memberhentikan motosikal yang dinaikinya itu kerana bimbang ia boleh menyebabkan kemalangan. “Dia bukan sahaja membahayakan nyawa dirinya sendiri, malah bayi dan pengguna jalan raya lain juga terjejas.
“Kami memberi amaran kepadanya jika dia terus berbuat demikian, maka kami akan merampas motosikal itu,’’ kata polis.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment