Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Harga Delivery Tong Gas Naik Rm1 Sahaja !


Ipoh: “Harga petrol naik hanya20 sen, tetapi harga penghantaran tong gas memasak naik mendadak sehingga RM1 untuk sekali penghantaran,” keluh peniaga makanan, Salmah Hashim, 40, berhubung kenaikan harga penghantaran bahan api itu di sekitar bandar raya ini sejak kelmarin.

MenurutSalmah, harga penghantaran gas memasak didapati naik mendadak sejurus kenaikan harga minyak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2 September lalu.

“Harga bagi satu tong gas seberat 12 kilogram (kg) adalah RM25.50, manakala 14kg pula RM29.50. Ini tidak dikira bersama kos penghantaran yang dinaikkan sehingga RM1 bagi satu penghantaran walaupun di kawasan berdekatan,” katanya ketika ditemui di premis makanannya di Pasar Besar Ipoh, di sini, semalam.

Menurutnya,dia dan beberapa peniaga lain terpaksa menaikkan harga makanan 20 sen selepaskos penghantaran gas masak itu meningkat secara mendadak.

“Harga baru bahan api diumumkan kerajaan pada Isnin lalu ternyata memberi kesan besar terhadap peniaga apabila terpaksa menanggung kos barangan keperluan lain yang dinaikkan sewenang-wenangnya oleh pembekal,” katanya.

Sementara itu, peniaga sayur-sayuran, Hamid Ali, 42, mengakui keperluan kenaikan harga minyak tidak dapat dielakkan, namun berharap kerajaan dapat mencari kaedah penyelesaian supaya ia tidak mewujudkan inflasi melampau.

“Kerajaan kena fikir bagaimana mengawal harga barangan mentah. Bagi peniaga seperti saya,kami terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang menghantar sayur-sayuran dari Cameron Highlands setiap minggu,” katanya yang 10 tahun berniaga di PasarBesar Ipoh.

Menurut Hamid, kebanyakan peniaga belum menaikkan harga sayur kerana bekalan
lama belum terjual. “Namun,harga ini bakal berubah selepas bekalan baru memasuki pasaran,” katanya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved