Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Gambar Banjir Kilat Di Singapura 6 September 2013


Hujan lebat pagi semalam menyebabkan banjir kilat dan kesesakan jalan raya di beberapa kawasan di serata pulau ini.  Menurut PUB, hujan lebat turun di kawasan barat dan tengah Singapura antara 8.15 dengan 9.30 pagi semalam. 

PUB berkata banjir dilaporkan berlaku di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE), Cuscaden Road, Maxwell Road dan Lorong Kismis. 

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Alexandra Road, dekat simpang Delta Road, dan Commonwealth Avenue/Commonwealth Drive, berhampiran stesen MRT Commonwealth. Namun banjir di situ surut pada 9.48 pagi. 

Kawasan paling teruk terjejas akibat banjir kilat, menurut PUB, ialah di AYE dan Commonwealth Avenue. 


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved