Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Ada Apa Dengan Seluar?

Hari ni nak bagitau korang pasal seluar ketat. Sekarang ni dah semakin ramai remaja yang suka pakai seluar yang ketat. Seluar tu sebenarnya tak bagus untuk kita.

Antara keburukan memakai seluar ketat ni ;
                                           



1. Penyebab kepada kemandulan


  • Korang bayangkan kalau dah hari-hari alat kejantanan lelaki terhimpit dek kerana seluar ketat, tak ke susah benda tu nak bernafas? Die pun perlukan udara untuk bernafas dan terus hidup, jadi kalau asyik pakai seluar ketat, boleh mati benda tu.


2. Timbulkan fitnah 

  • Apa korang fikir bila korang tengok perempuan pakai seluar ketat? Apa yang korang pandang? Tak ke timbulkan fitnah kat situ, dah dapat dosa free. Tak kisahla yang tukang pandang@pemakai, dua-dua dapat dosa free. Lebih baik tak payah pakai seluar ketat, dapat elakkan fitnah dan dosa.


3. Kepayahan nak buang air

  • Macam mana nak buang air kalau dah cawat kecik? Tak ke menyusahkan namanya tu. Lainla kalau korang buang air dalam keadaan mencangkung, itu yang lebih baik. Tapi kalau dah korang jenis berdiri, kan susah bila nak buang air dengan seluar yang ketat.


4. Kepayahan nak buat kerja

  • Korang bayangkan la bila korang berjalan, mesti terkepit-kepit sebab seluar tu ketata sangat, nak jalan besar sikit, takut seluar koyak. Lagipun korang bayang kalau buat kerja dalam office, mesti tak selesa sebab seluar ketat sangat, selang 10minit nak kena adjust. Kan susah? Lagi senang pakai seluar yang tak ketat.


5. Susah nak salin pakaian

  • Kalau pakai seluar ketat ni, memang cukup leceh bila nak tukar pakaian, sebab dengan keadaan seluar tu yang ketat. Memang susah nak cabut seluar ketat dari kaki, melainkan dengan cara yang tertentu. Membazir masa dah jadi satu hal bila nak tukar seluar ketat.


6. Salah disisi agama

  • Pakai seluar ketat ni salah disisi agama sebab menampakkan bentuk tubuh badan terutama bahagian kaki. Ia dianggap sama macam tak pakai seluar sebab nampak bentuk kaki dari peha sampai ke buku lali. Dah terang-terang tak boleh pakai dari segi hukum agama sebab umpama nampakkan aurat seseorang.

Jadi, sebagai peringatan buat korang, seluar ketat ni mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan. Apa kebaikan seluar ketat ni. Tapi korang pandai-pandaila pikir eh, cuma boleh nasihat, korang pun dah besar panjang semua, boleh pikir mana baik & buruk. 

Sekian, wasalam.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved