Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Fida Lari Dari Lokasi Penggambaran!

Lari Dari Lokasi, Produser Kesal Sikap Fida Ibrahim

Fida Ibrahim

PETALING JAYA: Penerbit telefilem Kampungku dan Aidiladha iaitu Hazmimi Johar kesal dengan sikap pelakon Fida Ibrahim yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran drama tersebut di Baling, Kedah pada Ahad lalu.

Hazmimi yang juga Presiden Persatuan Pertubuhan Kebajikan Artis-Artis Pelapis (PERKAP) berkata, pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya. "Dia meninggalkan set pada hari terakhir penggambaran drama berkenaan kerana mendakwa terguris hati dengan skrip lakonan Syed Nahar Syed Mokhtar yang didakwa menyindirnya.

"Saya tidak faham dengan sikap dia kenapa perlu terasa dengan skrip berkenaan kerana ia hanya lakonan. Perbuatannya telah menyusahkan semua krew produksi," jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Telefilem Kampungku dan Aidiladha itu diarahkan oleh Shuaimi Lua Abdullah dan diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran bersempena Hari Raya Aidiladha di TV3.

Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz.

Jelas Hazmimi, Fida sepatutnya tidak merungut apabila penggambaran hampir selesai sedangkan skrip berkenaan sudah diberi lebih awal untuk dibaca dan dibuat kajian.


Pelakon Kampungku dan Aidiladha dari kiri; Syafiq Kyle, Zalif Sidek, 
Shuhaimi Lua (pengarah), Ameera Rusly, Razak Ahmad dan Aidil Aziz.


Malah katanya, bukan sahaja skrip tetapi pelakon tersebut turut mempersoalkan lokasi penggambaran selain mendakwa diberi tempat penginapan yang tidak selesa. Dia juga seharusnya sedar, lokasi penggambaran itu diadakan di kawasan pinggir bandar yang tidak mungkin mempunyai hotel bertaraf lima bintang.

"Suka atau tidak dia telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam drama berkenaan dan saya percaya, dia seharusnya sudah memahami perjalanan skrip itu. "Apa yang berlaku jelas menunjukkan dia tidak membaca skrip sebelum ini dan cuba menyalahkan orang lain," kata Hazmimi.

Malah ujarnya, Fida juga sebenarnya sudah bercadang meninggalkan set pada hari sebelumnya tetapi setelah dipujuk oleh krew produksi dia membatalkan hasrat tersebut. Dalam perkembangan sama, Hazmimi turut berasa pelik apabila Fida merungut tidak boleh bekerja dengan Shuhaimi Lua yang disifatkan sebagai pengarah baharu serta kurang berpengalaman.

"Sebagai pelakon, dia tiada hak untuk mempersoalkan kelayakan seseorang pengarah kerana pemilihan itu dilakukan oleh panel terlibat iaitu pihak TV3.

“Malah Fida juga harus berterima kasih kerana pada mulanya TV3 telah melarang saya dan Shuhami mengambilnya berlakon kerana bimbang akan timbul masalah tetapi kami berusaha meyakinkan pihak berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu Shuhaimi Lua berkata dia tidak berasa hati apabila wanita itu mempersoalkan kredibiliti dan kemampuannya sebagai pengarah. Namun Shuhaimi berpendapat Fida antara artis yang tidak mengikuti perkembangan dunia seni tanah air apabila mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Saya tidak kisah pun dia tidak kenal saya. Tetapi sebelum berlakon dalam karya arahan saya, dia sepatutnya mengkaji dulu siapakah saya dan drama-drama yang pernah saya arahkan. “Bukan susah pun, ‘Google’ saja nama saya di Internet, bertimbun-timbun cerita saya yang dia boleh rujuk,” katanya.

Sementara itu usaha mStar Online untuk bercakap dengan Fida gagal apabila tidak diizinkan oleh pengurusnya yang dikenali sebagai Mitho. Bagaimanapun Mitho berkata, perkara berkenaan telah dibawa kepada peguam mereka untuk tindakan lanjut.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved