Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Berjudi Guna Wang Baitulmal!

Sepatutnya dia menggunakan wang bantuan Baitulmal yang diterima untuk meringankan beban keluarga, namun sebaliknya berlaku apabila dia yang juga seorang pemandu teksi sanggup menggunakan wang bantuan itu untuk berjudi kononnya dapat melipatkan gandakan wang diterima itu.


Berjudi Guna Wang Baitulmal!


Perbuatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu sebuah premis judi Internet di Wisma Fu Yuen, Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, tiga premis judi lain di sekitar ibu kota turut diserbu serentak selepas menerima maklumat orang awam.

Pemandu teksi terbabit yang sempat ditemu bual berkata, pada mulanya dia bermain judi hanya sekadar suka-suka dengan modal RM30 namun lama kelamaan mula ketagih.

Menurutnya, kehidupan keluarganya yang susah dan terpaksa membawa teksi untuk menampung keperluan hidup menyebabkan dia layak menerima bantuan Baitulmal sejak beberapa tahun lalu.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved