Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Tips Mengesan Kecurangan Pasangan


94653512-cheater

Apabila timbul masalah ini, pasangan agak sukar untuk berdamai atas fakta pasangan anda telah mengkhianati diri anda. Dengan demikian ramai yang tidak mengambil tahu mengenai tanda-tanda jelas apabila salah seorang daripada pasangan cuba untuk curang atas alasan tidak mahu hubungan itu terputus. Namun, anda dinasihatkan untuk mengetahui tanda-tanda kecurangan untuk mengelakkan anda ditinggalkan setelah beberapa tahun menjalinkan hubungan.

1) Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

2) Menutup Mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

3) Gagap

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan tiba-tiba gagap ianya merupakan tanda–tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki / wanita anda dan si dia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

4) Pergerakan Mata

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

5) Melengah-lengahkan Jawapan

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

6) Resah

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.
Walaubagamanapun, ini hanyalah panduan sahaja dan anda seharusnya lebih bijak untuk menentukan keputusan hidup anda!!! Semoga Berjaya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved