Disebut dalam Surah Al-Maaidah ayat 91 yang maksudnya:
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
2. Dadanya terasa sesak dan hatinya terasa keras.
Allah berfirman dalam Surah Al-An’aam, ayat 43 yang maksudnya:
“Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.”
3. Membenci dan memusuhi orang di sekelilingnya.
Di dalam Surah Al-Maaidah ayat 91, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
4. Sering lupa.
Syaitan sentiasa berusaha untuk menjadikan kita lupa terhadap sesuatu kebaikan. Di dalam Surah Yusuf ayat 42, Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: “Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu”. (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.”
5. Selesa menyendiri.
Syaitan selalu menyenangi perpecahan. Umar bin Al-Khathab RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
“Barangsiapa di antara kalian yang ingin mendapatkan wangi syurga, maka hendaklah ia selalu bersama jemaah, kerana sesungguhnya syaitan senang bersama orang yang sendirian dan ia akan lebih menjauh dari dua orang.” (Hadith Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
6. Merasa tertekan atau wujud gangguan jiwa.
Syaitan juga membuat seseorang yang telah dirasukinya merasa tertekan. Hatinya selalu merasakan keraguan di dalam ibadatnya, kepercayaannya terhadap Allah, hilang keyakinan diri, kecewa dengan kehidupannya dan lain-lain lagi. Dalam Surah Al-An’am ayat 71, Allah SAW berfirman maksudnya:
Katakanlah: “Patutkah kita menyeru serta menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kita dan tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kita; dan (patutkah) kita dikembalikan undur ke belakang (menjadi kafir musyrik) setelah kita diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan ugama Islam), seperti orang yang telah disesatkan oleh Syaitan-syaitan di bumi (di tempat yang lengang) dalam keadaan bingung, sedang ia pula mempunyai sahabat-sahabat yang mengajaknya ke jalan yang lurus (dengan berkata kepadanya): “Marilah bersama-sama kami. “Katakanlah:
“Sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk, dan kita diperintahkan supaya berserah diri kepada Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
7. Rasa takut yang luar biasa.
Orang yang telah terpengaruh dengan syaitan selalu mempunyai rasa takut yang luar biasa. Mereka mudah merasakan ketakutan sehinggakan kadangkala mereka tidak tahu apa yang ditakuti itu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Imran ayat 175 yang bermaksud:
“Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman.”
Lihat juga petanda-patanda yang lain:
TANDA-TANDA KETIKA JAGA
* Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab
* Suara berubah ketika marah
* Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan. Adakala ia menggigit lidahnya
* Berjalan terhoyong-hayang
* Cara makan yang menjijikkan
* Berpaling daripada membaca Al-Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila ia hendak membaca Al-Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian
* Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za’faran
* Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
* Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya
* Lupa atau sakit kepala ketika solat
* Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu
* Malas dan lemah badan (tanpa sebab)
* Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak
* Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab
* Selalu bermimpi
* Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, didapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya
* Sedih tanpa sebab atau alasan yang remeh
* Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaan terhadap orang lain
* Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti
* Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid
* Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat
* Perjalanan haid wanita tidak teratur. Adakalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit
* Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkan sebagai kanser. Perlu diingat bahawa kanser berpunca daripada jin
* Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air
* Was-was
* Hilang ingatan dan mungkin juga menjadi gila
* Cepat marah, panas baran dan mudah melakukan kesilapan
* Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzinar
* Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti batu atau telur
* Lenguh-lenguh badan, sangat malas dan tidak berdaya
* Semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa
* Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutinya
* Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca dari sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong ataupun perut
* Sentiasa mengantuk terutama dalam majlis ilmu
* Emosional dan terlalu sensitif dan sebagainya
TANDA-TANDA KETIKA TIDUR
* Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan
* Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau mengeluh
* Ia bermimpi berjalan di atas air atau darah, Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar-benar berlaku
* Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tidak siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kana tindih’
* Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring dan bersusah payah
* Kerap terjaga tidur di waktu malam
* Bunyi gigi berlaga ketika tidur
* Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga jika bermimpi budak kecil yang menyusu dengan kita dan kita sayangkannya terutama kepada wanita
* Mimpi berjumpa haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
* Berdiri atau berjalan ketika tidur tanpa sedar
* Bermimpi seolah-olah ia jatuh dari tempat yang tinggi
* Bermimpi berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi (lagi menakutkan)
* Bermimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam
* Mimpi melihat salib atau gereja
* Mimpi bertemu paderi
* Merintih dan menangis ketika tidur dan sebagainya
TANDA-TANDA SAKA
Tidak ada tanda-tanda khusus tetapi secara umumnya orang yang diganggu saka dapat dikenalpasti seperti berikut :
* Sukar menghafal ayat-ayat Al-Quran
* Malas berzikir
* Berpenyakit yang sukar diubati seperti asma, resdung, stroke, gatal-gatal, kudis dan sebagainya
* Terasa kejadian hari ini pernah diilhamkan dalam fikiran sebelum ini
* Terdapat bahagian-bahagian tertentu pada tubuh yang sakit dalam tempoh yang lama Jika dia berzikir secara berterusan ada gerakan seperti denyutan pada bahagian-bahagian tertentu tubuh
* Ada di kalangan keluarga yang gila, syndrom down dan cacat
* Sukar tidur malam
* Tidak kemas dan tidak berdisiplin
* Tidak ada keazaman atau tidak bercita-cita
* Lambat berkahwin
* Sukar mendapat anak
* Berfikir secara dua perkara dalam satu masa
* Boleh merawat atau mengurut yang luar biasa
* Boleh melihat perkara-perkara yang di luar penglihatan umum seperti melihat jin, mengetahui kemalangan di tempat yang jauh, perlakuan curang orang yang tersayang dan sebagainya
Kewujudan jin saka memudaratkan kehidupan manusia dan perlu dibanteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.
Semoga kita sentiasa terlindung daripada kejahatan syaitan dan semoga Allah sentiasa memelihara hati kita daripada lalai mengingati-
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment