Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Panduan menaiki jinjang pelamin

Disatukan di atas pelamin detik paling bahagia kepada seorang wanita. Bagi memastikan diri

tampak anggun, pelbagai persiapan perlu dilakukan. Di sini beberapa panduan kepada wanita

sebelum majlis persandingan berlangsung.

1. Rawatan diri di SPA

Usah malu untuk berkunjung ke SPA bagi mendapatkan rawatan penjagaan tubuh badan. Hari ini,

banyak spa menawarkan khidmat yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Rawatan SPA boleh

menglaluskan kulit dan menyerikan kulit wajah. Namun, sebaik-baiknya dapatkan rawatan dua

atau tiga bulan sebelum majlis perkahwinan. Hal ini, bagi mengelakkan anda mengalami alahan

jika produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit.

2. Jurusolek berkelayakan

Seperti rawatan SPA, mekap dan dandanan rambut juga amat penting kepada pengatin. Mekap

dapat menaikkan seri wajah seseorang jika dilakukan oleh jurusolek profesional. Perkhimatan

sesetengah jurusolek perlu ditempah awal, rancang terlebih dahulu jika ingin mendapatkan

sentuhan emas mereka.

3. Tempahan pakaian

Perkembangan dunia fesyen memberi ilham kepada pasangan pengatin untuk kelihatan anggun

pada hari perkahwinan mereka. Lakukan kajian dengan melihat fesyen-fesyen terkini dan pilih

pereka fesyen untuk menzahirkan busana impian anda. Usah berlebihan yang penting ia sesuai

dan cantik disarungkan di tubuh.

4. Tema

Jika anda mahukan tema dalam taman, pastikan dekorasi dan persalinan yang digunakan sesuai

dengan tema. Baju sarat dan terlalu panjang tidak sesuai kalau majlis diadakan ditaman

begitu juga jika memakai busana fabrik tebal di bawah khemah. Tema perlu sesuai dengan

lokasi majlis.

5. Jangan abaikan perkara kecil.

Perkara-perkara remeh seperti dulang hantaran, katering, bungan perhiasan, baju ahli

keluarga dan lain-lain perlu diambil kira oleh pengantin. Jika tiada, ia boleh merosakkan

kelancaran persandingan anda.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved