Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Pencarian Pesawat #MH370 Lebih Sukar


SYDNEY : Serpihan yang disyaki ada kaitan dengan pesawat MH370 ditemui terapung di atas permukaan laut dengan di bawahnya rantaian gunung berapi di dasar laut yang jarang dicarta belum ini, lapor Sydney Morning Herald (SMH).

Keadaan menjadi lebih sukar apabila satu-satunya kapal Australia yang mampu membuat penilaian kedalaman hingga 3,000 meter, RV Southerm Surveyor tidak beroperasi sejak Disember lalu. 
Ahli Geologi Marin James Cook University Robin berkata, Robin Beaman berkata, hanya sebahagian kecil dasar laut selatan Lautan Hindi yang termasuk dalam zon pencarian ini dipetakan secara terperinci. 

Sehubungan itu, katanya, pencarian MH370 memerlukan pemetaan 3D yang meluas menggunakan kapal dilengkapi alat pengesan gema multibeam.

“Ia benar-benar tidak kena pada masanya. Australia tidak ada keupayaan pemetaan kedalaman ini,” katanya.
Alat pengesan gema multibeam boleh menghantar denyutan bunyi dalam bentuk `kipas’ bagi menentukan kedalaman dasar laut secara langsung dari bawah kapal melalui corak yang dikenali sebagai 'swath'. 

Beaman berkata, buat masa ini, pengganti RV Southerm Surveyor masih berada di Singapura menunggu untuk menjalani ujian di laut.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved