UMAT Islam melakukan solat hajat di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya. FOTO Miorazlan Mior Kamarul Baid
Putrajaya: Lebih 3,000 umat Islam daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman bagi memberi sokongan terhadap isu kalimah Allah yang sedang berlangsung di Mahkamah Rayuan di sini, hari ini.
Antara NGO berkenaan seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Persatuan Pertahan Kalimah Allah dan Pertubuhan Islam Gabungan Amal.
Mereka berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman seawal jam 8 pagi sambil bertakbir, membaca surah Yasin, menunaikan solat hajat dan berzikir.
Hadir sama, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment