Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Dipecat Kerana MH370

Seorang pekerja lelaki sebuah rangkaian Bakeri Perancis di Singapura dipecat selepas meminta pelanggan meramal apa yang terjadi pada pesawat MH370. Lelaki berusia 30-an itu meminta pelanggan meramal di cawan kertas mengenai apa yang berlaku dan tindakkannya itu tidak disukai oleh pelanggan lain yang menganggap kurang sensitif atau jahil.

Bagaimanakah cara lelaki itu membuat ramalan?


Lelaki itu menggunakan 2 cawan, pada satu cawan dia melukis sebuah pesawat yang sedang terbang di udara manakala pada satu cawan yang lain dia melukis sebuah pesawat yang menjunam.

Kedai bakeri tersebut ialah Artisan Boulangerie Co. atau lebih dikenali dengan nama ABC dan mempunyai 5 buah cawangan di Singapura.




Tindakkan yang tidak wajar pekerja bakeri itu tidak disenangi oleh ramai pelanggan termasuklah Robert Gaxiola. Robert seorang pengguna Facebook menemui gambar bekenaan di lama sosial sebelum memuat naik gambar bekenaan di akaun facebooknya dan menyoal penguna lain tentang pendapat mereka mengenai hal ini. Dia kemudiannya, kongsikan gambar tersebut ke Facebook milik bekeri itu.



Ternyata tindakkan pekerja bakeri itu juga tidak disenangi oleh pengguna Facebook yang lain.


Ekoran tindakan Robert, pihak ABC telah memberikan maklum balas mereka di akaun Facebook milik bakeri itu. Mereka juga kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab salah seorang pekerja mereka itu. Pihak ABC juga memohon maaf atas apa yang terjadi dan menyatakan mereka akan mengambil tindakkan disiplin ke atas pekerja mereka itu. Harapnya kita tak akan dengar lagi kes yang seperti ini. Terus mendoakan MH370.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved