Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

RITA RUDAINI DAN NOMAD HANYA KAWAN BIASA


“Memang kami ada berkomunikasi tapi setakat ini tak ada yang lebih-lebih sebab saya menghormatinya sebagai artis lebih senior,” jelas penyanyi dan penulis lagu, Nomad mengenai cerita terbaru mendakwa dirinya kini rapat dengan pelakon Rita Rudaini.

Difahamkan, Nomad dan Rita saling mengikuti akaun Instagram masing-masing dan sering berkomunikasi menerusi platform itu yang menampakkan kemesraan sejak mereka bertemu ketika menghadiri program MeleTop, minggu lalu. 

Nomad atau nama sebenarnya, Nur Mohd Alieff Ayub, 26, berkata, kemesraan dengan Rita berlandaskan persahabatan biasa seperti dengan orang lain dan tidak menjurus kepada sesuatu yang serius ketika ini. 

“Saya terkejut sebenarnya jika ada yang nampak komunikasi antara kami itu sebagai mesra atau ada sesuatu (hubungan). Saya menghormati dan menyukainya sebagai seorang pelakon dan Rita juga meminati kerja saya.

“Saya rasa tak salah untuk berkomunikasi dengannya secara hormat, apatah lagi dia lebih senior dalam bidang ini. Kalau nak kata, kami ada apa-apa itu tak ada maknanya,” katanya ketika dihubungi.

Penyanyi lagu Tetap Menantimu itu berkata, dia juga tidak berani mengulas lanjut dakwaan kononnya Rita menunjukkan kecenderungan untuk mendekatinya terlebih dulu. 

“Kalau benda itu saya tak berani nak cakap sebab saya rasa kami mendekati satu sama lain atas dasar meminati kerja masing-masing. 

“Bagi saya, tak ada yang lebih-lebih pun dengan cara kami berkomunikasi. Saya masih baru dalam bidang ini dan orang tua selalu pesan jangan kerana perempuan tumpuan pada kerja terjejas. 

“Saya tak ada masalah berkawan dengan sesiapa saja tapi untuk hubungan serius itu memang tak ada lagi,” katanya. 

Tambahnya, wanita lebih berusia daripadanya juga bukanlah ciri-ciri kekasih hati pilihannya. 

“Saya bukan macam itu, tak minat kot perempuan lebih matang,” katanya yang merancang untuk mengeluarkan lagu single kedua, Februari ini.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved