FOTO: Jadikan Iktibar….Kanak-kanak Parah Tersepit Di Eskalator
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun mengalami kecederaan serius hingga terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli belah di Jakarta, Indonesia.
Lim Yuan Hong dikatakan sedang melompat-lompat di tangga eskalator sebelum terjatuh membuatkan badannya tersepit di celah tangga bergerak tersebut, ketika insiden yang berlaku sekitar jam 9 malam di Pluit Village Mall, Penjaringan pada 27 Disember lalu.
Ketika kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibu dan pengasuhnya.
Ketua Polis Penjaringan, Sujudi Ario Seto yang mengesahkan kejadian ini menyatakan siasatan masih berjalan namun punca utama dipercayai kerosakan eskalator.
Insiden tersepit antara tangga eskalator bagaimanapun bukan kali pertama menimpa. Empat kes serupa turut dilaporkan di China setakat Mei tahun lepas sahaja, malah ada yang meragut nyawa.
Selain ciri-ciri keselamatan eskalator yang harus dipertingkatkan, ibu bapa atau orang dewasa yang membawa anak-anak juga seharusnya lebih peka mengawasi anak-anak ketika membawa mereka ke pusat beli belah sebab benda buruk nak berlaku kadang-kadang dalam sekelip mata saja! Sumber: indoboom.com
Sila ambil perhatian bahawa setiap cerita dan video yang dipaparkan pada halaman blog ini bukan dimuat naik dan disimpan di sini. Sebarang tuntutan hakcipta video boleh dibuat secara terus kepada youtube. Segala bahan yang diambil dari laman ini tidak semestinya benar dan kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang informasi yang telah di plagiat dari laman ini jika terdapat percanggahan dari cerita asal. Segala bahan dari laman ini boleh dipadam bila-bila masa sahaja.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment