Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Jumlah Pendapatan Yuna , Shila Amzah & Najwa Latif Setahun


YUNA:
Melalui laporan akhbar Metro, Yuna mendapat gaji anggaran RM 5 juta setahun dan merupakan yang tertinggi bagi artis wanita muda. 

Ini termasuk gajinya sebagai duta produk, jualan album, runut bunyi terutama The Croods, butik dan persembahan nyanyian.

Jika dikira-kira gaji Yuna boleh dikatakan RM 400,000 sebulan. Wow.

SHILA AMZAH:
Shila Amzah juga tidak kurang hebatnya. Penyanyi yang menempa nama di China ini dikatkan berjaya mengaut pendapatan sebanyak RM 2.5 juta setahun. 

Sumber pendapatannya dari hasil kontrak nyanyian di China, royalti, persembahan nyanyian, duta produk dan jualan album.

Shila pula meraih gaji kira-kira RM 200,000 sebulan.

NAJWA LATIF :
Najwa, 18, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

“Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa,” katanya kepadamStar Online.

Najwa ditemui pada Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di Busana @ Menara Mara di sini, Ahad.

Najwa mengulas mengenai laporan yang menyenaraikannya sebagai salah lima artis wanita muda yang mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved