Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Subhanallah! Masih Hidup Walaupun Terkurung 4 Hari Dalam Peti Sejuk

Mungkin agak sukar menerima, namun inilah hakikatnya yang berlaku apabila seorang wanita ditemui masih hidup walaupun selepas terperangkap dalam sebuah peti sejuk yang besar selepas empat hari

Kejadian ini berlaku di Oklahoma, Jepun yang mana tertanya-tanya dimanakah wanita ini menghilangkan diri. Theresa Christian, 59, sebelum itu dilaporkan hilang oleh anaknya pada Sabtu, namun dia ditemui anaknya pada hari Khamis.
Tiada tanda-tanda perbuatan khianat dikesan, sementara jiran-jirannya percaya dia bersembunyi di dalam peti sejuk itu kerana bimbang putting beliung bakal melanda rumahnya.
Menurut stesen televisyen News On 6, wanita itu kini dirawat kerana sebahagian kakinya telah beku.
Biarpun dia ditemui dalam keadaan sejuk, kelaparan dan dehidrasi namun dia selamat.
Menurut polis, wanita itu ditemui oleh anaknya selepas dia memecah masuk ke apartmen milik ibunya itu.
Selepas mendapati barangannya termasuk dompetnya masih ada sementara televisyen pula dibiarkan terpasang, anaknya percaya ibunya masih berada dalam rumah tersebut. Selepas menyiasat,dia mendengar bunyi suara mengerang dari dalam peti sejuk dan kemudiannya terus menyelamatkan ibunya.
Polis kini masih menyiasat bagaimana wanita itu boleh terperangkap dalam peti sejuk yang besar itu ketika dia bersembunyi daripada ribut dan puting beliung yang melanda kawasan itu pada Jumaat lalu.
“Apa yang lebih aneh ialah kenapa dia tidak dapat keluar memandangkan peti itu tidak mempuntai kunci.
“Namun terdapat tanda dia cuba keluar daripada peti sejuk berkenaan, mujurlah anak lelakinya berjaya menemuinya,’’ kata polis.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved