Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Shikin perjelas isu menyanyi di kelab malam




Persepsi negatif masyarakat terhadap karier Shikin, 34, sebagai penyanyi tetap di hotel berstatus lima bintang memaksa ibu tunggal itu tampil membuat penjelasan menerusi Harian Metro.

Menurut Shikin atau nama sebenarnya, Aishah Dah­lan, masyarakat mudah memandang serong apabila artis menyanyi di hotel sehingga ada yang bertanya kenapa dia terima tawaran itu.

“Ada yang kata saya ‘perempuan kelab malam’ dan ingin saya betulkan di sini saya bukannya menyanyi di kelab, tetapi di lounge hotel. Menyanyi di tempat seperti ini tidak semestinya saya minum arak. Selama 16 tahun saya bergelumang dalam dunia seni, saya tidak pernah menyentuh minuman itu."

“Menyanyi di pentas terbuka berbeza dengan me­nyanyi di lounge hotel. Saya jadi seperti budak sekolah apabila terpaksa belajar semula. Saya kena berlatih, mencari lagu lama dan baru serta menghafal berpuluh lirik lagu Inggeris. Saya turut berkomunikasi dalam bahasa Inggeris."

“Lagu Anita Baker yang dirakam ketika saya belum lahir lagi pun saya kena hafal. Saya perlu bersedia dengan pelbagai lagu kerana ada pelanggan yang minta saya menyanyikan lagu kegemaran mereka termasuk lagu Hindi."

“Saya juga perlu tahu lagu Inggeris yang sedang popular. Pada hujung ming­gu saya masih terima undangan di luar dan apabila saya tiada, ada pe­nyanyi lain yang menggantikan saya.”

Dalam pada itu, Shikin turut merayu kepada orang ramai supaya membuang tanggapan negatif terhadap penyanyi kelab dan hotel kerana tidak semestinya penyanyi kelab itu jahat.

sumber; http://plbgaimacam.blogspot.com
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved