Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Gambar Nurul Syafiqah, kekasih baru Mamat kumpulan Sepah?


Sejak keluar dari kumpulan Sepah kira-kira dua tahun lepas, Mamat kini lebih selesa bergerak secara sendiri. Bagi bekas kekasih kepada Fida itu, dia mengakui semakin matang dan kuat untuk berdepan dengan apapun cabaran dan dugaan dalam dunia hiburan tempatan.


Terbaru, Mamat telah muncul bersama seorang gadis cantik di Anugerah Lawak Warna 2013 anjuran Astro yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kehadiran si gadis comel itu mengundang pertanyaan dari kalangan penonton yang nyata cukup terkejut dan kagum dengan kecantikannya.

Ketika beliau ditanya berhubung kehadiran gadis itu bersamanya, Mamat dengan bersahaja mengakui adalah kekasih barunya selepas putus cinta dengan Fida Ibrahim lebih setahun lalu, dipetik dari rotikaya.

Dikenali dengan nama Nurul Syafiqah Zakaria berusia 23 tahun, si gadis comel itu dilihat mengenakan gaun kurung peplum bewarna peach. Difahamkan, Nurul Syafiqah sedang mengikuti pengajian dalam bidang International Business di Management and Science University (MSU) Shah Alam.

Mamat turut ditanya tentang sejauh mana seriusnya hubungan cinta mereka dan dia memberitahu mahu kekasihnya menumpukan terlebih dahulu kepada pelajaran sebelum merancang untuk berkahwin.

“Saya nak dia (Syafiqah) habiskan study dia dulu. saya tak mahu nanti menggangu pelajaran dia. Bila dah selesai semua, baru kita rencana agenda seterusnya. Kalau nak kawin nanti, pasti saya umumkan.”

“Mula-mula kami tak terfikir nak serius pun. Lama kelamaan makin rapat dan terbit keserasian antara kami.”

“Dia jugalah menjadi tulang belakang saya sekarang selepas keluarga saya. Masa saya tengah ditimpa banyak gosip berat, dia sentiasa ada dengan saya.”



Di bawah ini ialah beberapa keping gambar Mamat, bekas ahli Kumpulan Sepah bersama kekasih barunya, Nurul Syafiqah Zakaria ketika hadir di Majlis Anugerah Lawak Warna 2013 anjuran Astro.









Sumber: plbgaimacam
Ranking: 5

{ 4 comments... read them below or add one }

Unknown said...

dah nampak diaorg nie mase final piala F.A kat bukit jalil lepas.. :D


19 August 2013 at 12:08
kim said...

argh...mcm mana dia asyik dapat yg lawa jer..


19 August 2013 at 14:59
Anonymous said...

apa susah mau dpt yg cun.,muka rabak pon ht mau baik n brani,insyaALLAH dpt,.kalo dh rezki xkemana,


20 August 2013 at 03:32
buntat_merah said...

ht mau brani,.dpt la bro


20 August 2013 at 03:34

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved