Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Gambar BMW 316i Terbaru Di Malaysia Dengan Harga RM209,800

BMW 316i

BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menambah satu lagi varian model pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Malaysia. Varian dimaksudkan ialah BMW 316i. Ia dihasilkan di kilang BMW Malaysia di Kulim, Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils berkata, langkah mengembangkan aktiviti CKD itu membuka peluang lebih luas kepada pengguna tempatan untuk memiliki jentera jenama Jerman itu.


BMW 316i

BMW 316i menggunakan enjin petrol empat silinder 1.6 liter TwinPower Turbo dengan teknologi VALVETRONIC. Enjin itu dipadankan bersama transmisi automatik lapan kelajuan.

Kombinasi itu membolehkan sedan tersebut menghamburkan kuasa maksimum sehingga 135hp dan tork setinggi 220Nm.

Pecutan dari titik pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) mengambil masa cuma 9.2 saat. Kelajuan maksimum yang boleh dicapai adalah 210km/j.


BMW 316i

Kadar pembebasan emisi karbon bagi setiap km adalah 137 gram. Untuk mencapai jarak sejauh 100km, kadar purata penggunaan petrol cuma 5.9 liter.

Model terbaharu itu dilengkapi butang Auto Start/Stop. Turut didatangkan bersama adalah tiga jenis mode pemetaan enjin iaitu Comfort, Sport dan Eco Pro.

Mode boleh ditukar menerusi menerusi butang. Mode Sport membolehkan pemandu menikmati maklum balas lebih dinamik, manakala Comfort pula meningkatkan keselesaan pemanduan. Eco Pro memaksimumkan soal keefisienan menerusi parameter enjin dan kotak gear.
BMW 316i

Seperti mana-mana model BMW yang lain, varian 316i dilengkapi teknologi BMW ConnectedDrive. Bantuan BMW Live dan BMW TeleServices dipaparkan menerusi panel skrin LCD berukuran 6.5 inci.

BMW Live membolehkan pemandu menerima informasi berita atau keadaan cuaca ketika berada di dalam kereta. Turut didatangkan bersama ialah sambungan USB dan Bluetooth untuk peranti pintar.

Beberapa pilihan warna ditawarkan kepada pelanggan iaitu putih, hitam, merah, perak dan kelabu. Tempahan boleh dibuat menerusi mana-mana bilik pameran sah BMW Malaysia di seluruh negara.

Harga runcit atas jalan tidak termasuk insurans model BMW 316i ialah RM209,800 seunit. Program servis BMW Service dan Repair Inclusive (BS+RI) turut disertakan bersama - Kosmo online
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved