Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Ustaz Azhar Idrus Menjadi Pelakon Dalam Filem?

ustaz-azhar-idrus
Ustaz Azhar Idrus akan berlakon buat pertama kali dalam sebuah filem bertajuk Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang. Filem terbaru arahan Pierre Andre itu turut menampilkan para pelakon seperti Zalif Sidek, Kumpulan Shiro dan Along (Raja Lawak).
Buat masa sekarang, filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang masih dalam proses penggambaran. Tarikh siaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang juga masih belum diketahui.

Sementara itu, Kumpulan Shiro berkata, mereka berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping Ustaz Azhar Idrus. Selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.
Sinopsis Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.
P/S : Kemah keming ustaz azhar idrus..Thumb UP =)
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved