Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Zain & Che Ta Belanja 100 Ribu Untuk Majlis Perkahwinan



Wow, pasti meriah majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal, Zain Saidin dan Rozita Che Wan nanti kan?


Mana tidaknya, Zain sendiri akui dia dan Rozita masing-masing telah membelanjakan sebanyak RM100,00 untuk majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada bulan Disember nanti.

Alhamdulillah semua sudah hampir siap, hanya tinggal beberapa perkara kecil sahaja.
Saya dan Rozita mengeluarkan RM100,000 setiap seorang untuk perbelanjaan majlis itu.

Mengulas lebih lanjut mengenai majlis pernikahan tersebut, Zain turut menjelaskan bahawa pihaknya hanya akan menjemput wakil wartawan untuk membuat liputan pada hari bahagia mereka dan sebarang foto pada hari itu akan dibekalkan oleh jurufoto rasmi yang telah ditetapkan.

Sebenarnya kami hanya menjemput wartawan sahaja tanpa jurugambar kerana urusan foto semua akan kami bekalkan.
Bukan apa, ia bagi memudahkan kerja media dan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik dan lancar.
Buat masa ini persiapan majlis perkahwinan mereka telah siap hampir 70 peratus, termasuklah barang-barang hantaran serta kos-kos berkaitan.

Namun begitu, tarikh sebenar hari perkahwinan mereka masih lagi menjadi tanda tanya.
sumber: http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved