“Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra (coli). Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun,” kata Raja Ema menjawab cemuhan peminat di beberapa forum laman sosial kerana penampilannya ketika menghadiri majlis pelancaran sebuah jenama fesyen, baru-baru ini.
Raja Ema Raja Ibrahim, 45, berkata, kontroversi itu tercetus kerana kesilapannya bergaya ketika mengambil gambar dan tiada kaitan dengan pakaian rekaan pereka fesyen baru berkenaan.
“Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.
“Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu,” katanya ketika dihubungi wartawan.
Raja Ema berkata, bagaimanapun dia tidak berkecil hati dengan kritikan itu kerana menganggap ia perkara lumrah sebagai anak seni berpengalaman sepertinya.
“Siapalah kita nak hukum dan hentam orang lain dengan teruk., kita bukan tuhan pun. Yang penting jadi diri sendiri dan niat kena bersih dalam tindak-tanduk kita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Raja Ema berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran siri 26 episod berjudul Pulang Sayang.
Katanya, dalam masa terdekat dia menolak semua tawaran lakonan kerana mahu menumpukan perhatian pada anaknya, Putera Alkashah, 17, yang kini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Anak tengah SPM, sekarang, jadi saya mahu beri perhatian kepadanya dan keluarga dulu. Saya terpaksa tolak beberapa tawaran daripada kawan-kawan rapat seperti Erma Fatima dan Melissa Saila,” katanya.
sumber:Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment