Kebanyakan wanita yang bertudung sering mengabaikan penjagaan dan kecantikan rambut mereka. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain.
Apakah punca rambut anda berbau??
Apakah punca rambut anda berbau??
1. Peluh
Jika anda seorang yang kuat berpeluh, anda cenderung untuk memiliki rambut yang berbau. Ini kerana peluh yang terkumpul di kulit kepala dan rambut anda (terutamanya jika rambut dalam keadaan terikat) akan menyebabkan ia tidak dapat bernafas dan membangkitkan bau kurang enak.
2. Pemakaian Tudung
Bertudung itu wajib bagi orang islam. Tetapi elakkan memakai kain tudung yang terlalu tebal. Kain tudung yang tebal akan membuatkan kulit kepala berpeluh. Sudah tentulah rambut akan berbau! Tapi jangan pula memakai yang terlalu nipis sehingga nampak rambut.
3. Rambut Basah
Kadang-kadang anda terlewat bangun, tetapi sudah merancang untuk mencuci rambut. Anda cuci juga rambut dan ketika mahu keluar rumah. Anda ikat rambut yang basah tanpa mengeringkannya terlebih dahulu. Sama ada anda memakai tudung ataupun tidak, keadaan rambut yang tidak kering akan menimbulkan bau kurang menyenangkan.
4. Tidak Disyampu
Ada sesetengah orang yang memandang remeh soal penjagaan kebersihan dan kesihatan rambut. Salah satunya adalah dengan cara tidak mensyampu rambut. Apabila rambut tidak dibersihkan, kekotoran dan peluh yang terkumpul akan menerbitkan bau tidak enak. Oh… kalau bersyampu setiap hari tidak akan menyebabkan rambut anda gugur.. cuba cari syampu yang betul!
5. Salah Syampu
Ketika membersihkan kulit kepala dan rambut, pastikan ia dicuci dengan bersih. Usah tinggalkan bekas syampu pada rambut kerana apabila ia melekat terlalu lama pada kulit kepala atau rambut, mulalah ia berbau. Selain itu anda cenderung untuk mengalami masalah kelemumur.
Dah tahu punca-punca membuatkan rambut anda berbau, ni ada sedikit petua dan tips penjagaan rambut.
Petua Elakkan Rambut Kusam Berbau
1. Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan gosok rambut anda dengan kasar.
2. Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampoo yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.
3. Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.
4. Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.
5. Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampoo anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.
Selamat mencuba!
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment