London: Jose Mourinho dilengkapkan dengan dana 30 juta pound (RM148 juta) untuk bermain tarik tali bersama Manchester United bagi mendapatkan Wayne Rooney.
Dan bos baru Chelsea itu bersedia menunggu sehingga penghujung jendela perpindahan untuk mendapatkan tandatangan peledak sensasi Inggeris itu.
“Kelab ini mempunyai kestabilan yang amat baik dari segi gaji, keuntungan dan pelaburan. Jadi jangan pecahkan kestabilan itu dengan jumlah kami untuk membuat pelaburan kepada pemain yang bernilai 20 juta pound (RM98.7 juta), 25 juta pound (RM123.3 juta) atau 30 juta pound (RM148 juta) kerana kelab ini bersedia untuknya.
Sasaran tunggal
“Adakah kami perlu menjual terlebih dulu? Tidak, tidak, tidak, kami tidak perlu menjual.”
Mourinho tidak menggambarkan Rooney dengan namanya kerana dia terdesak untuk tidak menjadikan United sebagai musuhnya namun kekal dengan pendirian penyerang berusia 27 tahun itu sebagai sasaran tunggalnya musim panas ini.
Ditanya sama ada Chelsea mampu untuk membelanjakan 50 juta pound (RM246.7 juta) untuk mendapatkan penyerang United itu, Mourinho membalas: “Penyerang yang saya mahukan tidak bernilai 50 juta pound (RM246.7juta) dan tidak bernilai 40 juta pound (RM197.3 juta).”
Dan ditanya sama ada dia tetap akan melakukan urus niaga sehingga tarikh tamat jendela perpindahan pada 2 September depan, Mourinho membalas: “Sebab itulah ia terbuka.”
The Blues akan menentang United 26 Ogos depan di Old Trafford – hanya seminggu sebelum jendela perpindahan ditutup. - Agensi
SUMBER