Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Gaun Wanita Diperbuat Dari Tayar kereta

Ada-ada saja idea berinovasi para penggiat dunia fesyen. Ada yang diperbuat dari tisu, daging tiruan dan ais, kali ini muncul gaun unik yang diperbuat daripada tayar kereta.

Tayar getah yang biasa digunakan sebagai roda kenderaan dan kini mampu bertransformasi menjadi gaun yang elegan. Mungkin terinspirasi dari filem Transformer, yang pasti idea unik tersebut datang dari salah satu syarikat tayar dunia.



Seperti dilansir dar laman VR-Zone, syarikat tersebut mendekati dua orang perancang bernama Carl Gerard Elkins dan Mierswa-Kluska. Mereka diminta bekerjasama mewujudkan idea tak lazim itu. Syarikat tayar tersebut memang merancang membuat iklan produk dengan tema yang melambangkan kekuatan, kesegaran dan perisai atau pakaian dari baja.

Setelah direalisasikan, gaun yang terbuat dari tayar itu kelihatan aneh dan luar biasa. Itu kerana gaun-gaun berwarna hitam khas tayar kenderaan ini berjaya menampilkan kesan dramatik.

Tidak hanya gaun, ada juga jenis busana lain yang diperbuat daripada tayar kereta seperti menyerupai bolero, skirt lutut-panjang hingga mini dress. Seluruhnya dibuat dengan cara menyatukan tayar-tayar tersebut hingga wujudnya menyerupai gaun
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved