Buang yang keruh, ambil yang jernih. Agaknya, kedua selebriti ini sudah pun melupakan kisah lama mereka dan apa yang penting sekarang ialah hidup bahagia.
Jika sebelum ini kita lihat Abby Abadi boleh menerima Memey Suhaiza seadanya selepas bercerai dengan bekas suami, Norman Hakim, kini kita dapat lihat pula Nora Danish mengikut jejak langkah yang sama. Semuanya demi kebaikan dan untuk masa depan anak-anak mereka.
Terbaru, menerusi sebuah portal hiburan, Gua, Nora Danish menjelaskan bahawa kemungkinan besar, tahun ini dia akan beraya bersama Fasha Sandha di rumah bekas mertuanya di Perak.
Nora Danish pernah melawat Fasha selepas selebriti itu bersalin
“Raya pertama saya akan balik beraya di rumah bekas mertua saya di Perak dan selepas itu barulah saya akan membawa anak saya Rayqal bercuti pula. Ini sudah menjadi tradisi saya dan keluarga apabila pulang beraya pada hari raya pertama di rumah bekas mentua di Perak.
“Lagipun saya memang suka pulang untuk menjamah makanan yang enak seperti Rendang Tok yang amat popular dan sedap untuk dijamah pada hari raya pertama. Kemungkinan besar juga saya akan beraya bersama-sama dengan Fasha Sandha di sana.”
Bayangkan kedua-dua artis popular ini beraya bersama dengan anak-anak mereka, pasti seronok kan? Semoga berbahagia ya!
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/