Pihak kerajaan selalu memberi peringatan kepada pengunjung pantai agar tidak membuang sisa buangan sampah di tepi pantai. Mengapa ya? Ini kerana ia sedikit sebanyak akan menyebabkan hidupan penyu akan pupus dek kerana mati tertelan sampah. Kisah di bawah ini hampir serupa namun ia bukanlah bahan buangan. Tetapi sebiji bola. Seekor ikan keli gergasi dengan rakus menelan sebiji bola yang melantun ke dalam kawasan sungai tersebut. Bagaimanapun ikankeli tersebut gagal mengeluarkan bola dari mulutnya yang tersangkut. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Seorang penduduk di kawasan itu menyaksikan bola yang melantun ke arah kolam berhampiran lalu disambar oleh seekor ikan keli yang besar. Ikan keli Flatheat tu cuba menelan bola itu namun gagal apabila bola itu tersangkut di mulutnya.
Ikan keli tersebut cuba untuk mengeluarkan bola itu dari mulutnya namun gagal sehingga keletihan untuk berenang lalu ia muncul ke permukaan kembali. Lalu, penduduk yang melihat kejadian itu cuba mengeluarkan bola dari mulut ikan keli itu namun masih tidak berjaya.
Mereka mengambil keputusan untuk mengempiskan bola tersebut, barulah bola itu berjaya dikeluarkan dari mulut ikan keli tersebut.’