Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Syazwan Zukifli didakwa ambil dadah, dihina kawan sendiri


Pernah digosipkan bercinta dengan bekas kekasih Keith Foo, Tyas Mirasih dua minggu lalu, pelakon baru yang sedang meningkat naik, Syazwan Zukifli kini berdepan pula kontroversi lain yang lebih perit dan menyakitkan.

Kontroversi tersebut mengaitkan aktor berusia 26 tahun itu dengan pengambilan bahan terlarang, dadah untuk mempercepatkan proses menguruskan badan demi memenuhi kehendak penerbit dan pengarah yang mahu mengambil beliau berlakon.

Syazwan Zukifli yang dihubungi Harian Metro hari ini, melahirkan rasa terkilannya dengan tuduhan yang dilemparkan. Katanya, ketika berisi dulu pengarah meminta beliau menguruskan badan namun selepas berjaya kini dituduh pula mengambil dadah.

“Waktu tubuh saya berisi, pengarah kena tunggu berat badan saya turun baru mereka mahu ambil saya berlakon. Sekarang apabila tubuh saya sudah susut, ada pula yang menuduh saya ambil dadah. Tidak cukup dengan itu mereka kata saya tidak berdisiplin di lokasi.”

“Kerjaya saya baru nak bermula, janganlah buat cerita yang bukan-bukan. Bukan senang saya nak dapat tawaran berlakon dan apabila peluang sudah terbentang di depan mata, macam ini pula jadinya.”

Tidak cukup dituduh mengambil dadah, Syazwan Zukifli turut didakwa jual mahal dan menolak untuk berlakon dalam filem komersial.

“Saya tidak pernah tolak berlakon dalam genre filem atau drama apa sekali pun, tetapi kalau tiada tawaran berlakon dalam filem komersial, macam mana saya nak berlakon.”

“Kepada mana-mana pihak, sila hentikan tohmahan terhadap saya dan saya jenis tidak takut untuk mengaku kesalahan jika benar ia silap saya, tetapi jika sebaliknya, saya mesti mempertahankan diri saya.”

sumber: http://syokbah.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved