Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Gambar lucah Nicolas Cage dicuri

Nicolas Cage dan Christina Fulton (gambar kecil)

Bintang National Treasure, Nicolas Cage, 49, membuat laporan kepada pihak polis berhubung kehilangan gambar panasnya bersama bekas kekasih, Christina Fulton, yang juga ibu kepada anak lelakinya, Weston, 22.Gambar berkenaan dikatakan dicuri daripada kediaman wanita terbabit sekitar April lalu. 

TMZ melaporkan, pihak berkuasa sudah pun menahan seorang tukang, Richard Orozco, yang dituduh melakukan kecurian berkenaan. Lelaki itu didakwa atas tuduhan melakukan jenayah pecah rumah. Bagaimanapun Orozco mengaku tidak bersalah manakala gambar terbabit juga belum ditemui.
Orozco ditahan pada bulan lalu dan dia diikat jamin sebanyak RM3.1 juta. Turut curi empat komputer.Selain sebuah kotak mengandungi gambar lucah Cage dan Fulton, si penjenayah juga dilaporkan mencuri empat komputer daripada rumah terbabit. Pelakon Face/Off ini mula berhubungan dengan Fulton pada 1988 dan mereka menyambut kelahiran Weston pada Disember 1990.

Selepas berpisah dengan wanita itu, Cage menikahi pelakon, Patricia Arquette, pada 1995, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 2001. Dia kemudian mengahwini pula anak Elvis Presley, Lisa-Marie, pada Ogos 2002. Ikatan berkenaan hanya berkekalan selama tiga bulan apabila pasangan terbabit berpisah pada November 2002, manakala kes perceraian mereka pula selesai pada 2004.

Kini, Cage bergelar suami kepada bekas pelayan, Alice Kim, yang juga ibu kepada anak lelaki mereka, Kal-El, 8 tahun.
sumber: http://www.bharian.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved