Sejak mengumumkan pernikahannya dengan seorang jejaka muda awal Ramadhan lalu, nampaknya Abby Abadi semakin senang dan terbuka untuk berkongsi foto-foto bahagia keluarganya bersama peminat menerusi laman Instagram.
Terbaru, Abby Abadi telah berkongsi sekeping foto yang menunjukkan dia dan suami tercinta, Muhammad Noor Farhan Che Bakar sedang mengedar kad undangan persandingan dan melalui foto tersebut, Abby telah menulis caption berbunyi :
Abby & Farhan sedang mengedar kad persandingan mereka
Dalam pada itu, jika diteliti daripada setiap foto yang dikongsikan oleh Abby, nampaknya bukan dia sahaja yang merasa bahagia sejak kehadiran Farhan dalam hidupnya, malah anak bongsunya, Maria Danisha Hakim atau lebih mesra disapa sebagai Baby juga dilihat sangat mesra dan manja dengan jejaka pilihan ibunya itu.Melihatkan keletah anak bongsunya itu, Abby telah berjenaka dan memuat naik status dilaman sosialnya yang berbunyi:Amboi, mendalam maksud Abby kan?
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5