Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Budak Malang Ini Dapat RM 30 Juta


Anak kecil yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa dipotong kedua-dua belah kaki dan tangannya kerana terlalu lama terbiar di bilik kecemasan sejurus selepas ibu bapanya bersetuju menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dengan pampasan berjumlah RM30 juta.

Anak malang yang baru sahaja berusia dua tahun, Malyia Jeffers itu dibawa oleh ibu bapanya ke Hospital Methodist di Sacramento kerana demam, masalah kulit dan lesu.
Kakitangan hospital tersebut meminta keluarga terbabit menunggu di situ walaupun keadaan Malyia bertambah serius menurut dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Tinggi Sacramento.
Ibu bapa Malyia, Jeffers dan Leah telah merayu berkali-kali supaya petugas hospital merawat anak mereka tetapi terus diminta menunggu sehingga lima jam sebelum dibawa berjumpa doktor.
Sebelum dirawat, kesan tubuh Malyia semakin merebak sehingga ke kedua-dua kaki, tangan dan muka. Keadaan itu menyebabkan Jeffers dan Leah bimbang Malyia akan meninggalkan mereka sebelum sempat dirawat.
Selepas diperiksa, Malyia diterbangkan ke Hospital Kanak-kanak Lucile Packard di Universiti Stanford. Di hospital tersebut, doktor menemui bakteria Streptococcus A yang menjangkiti darah dan organ Malyia lantas memaksa mereka segera menjalankan pembedahan membuang kedua-dua kaki kanak-kanak malang terbabit.
Sebahagian besar wang pampasan itu akan disimpan dalam tabung amanah untuk kegunaan semasa dan akan datang Malyia.
Simpanan itu juga membolehkan Malyia menerima anuiti AS$16,932 (RM51,888) sebulan apabila dia berusia 18 tahun.
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved