Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus

Perkongsian ni bukanlah perkongsian yang biasa-biasa walaupun Ustaz Azhar Idrus juga manusia biasa seperti kita kerana ini merupakan perkongsian kisah hidup Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah bebas. Actually kisah ini telah banyak dikongsi oleh blogger lain. Tapi apa lah salah kiranya share bersama kan. Mungkin ada dikalangan pembaca belum mengetahuinya lagi. Jom kita ikuti perkongsian kisah hidup Ustaz Azhar Idrus sebelum menjadi Pendakwah Bebas yang petik dari laman wikipedia dan juga laman oh!artis:

Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus

Dahulunya Ustaz Azhar Idrus merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event kecil-kecil. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.
ustaz azhar idrus bersama oldskool1 Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas
Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.
uaicyc5 Kisah Hidup Ustaz Azhar Idrus Sebelum Menjadi Pendakwah Bebas
Ustaz Azhar Idrus dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan beliau bekerja sebagai pencanting batik. Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus kearah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya seorang “Otai Punk” yang telah menghilangkan diri selama 5 tahun. Setelah 5 tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.
Jadi disini jelaslah bahawa latar belakang bukanlah penghalang untuk kita menyampaikan dakwah kepada umat manusia yang lain. Tidak kira bagaimanapun latar belakang kita sekiranya Allah membukakan pintu hati kita maka tidak mustahil kita mampu menjadi penyampai dakwah yang berkesan kepada umat manusia.

 والله أعلمُ بالـصـواب


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved