Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Ketagihan Rokok Mentol Lebih Tinggi


GAMBAR fail 30 Mac 2010 menunjukkan rokok mentol pelbagai jenama dipamerkan di rak sebuah kedai di New York.


WASHINGTON - Perokok yang menghisap rokok berperisa mentol lebih sukar berhenti berbanding mereka yang ketagih rokok biasa, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menerusi kajian yang diterbitkan kelmarin.
Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) turut meminta pandangan orang ramai terhadap kemungkinan mengharamkan penjualan rokok tersebut.

Menurut FDA, rokok berperisa mentol berisiko tinggi menimbulkan masalah kesihatan awam.
Ini kerana perokok-perokok baharu secara ketara lebih gemar menghisap rokok mentol berbanding rokok biasa.
Perokok mentol juga cenderung menghisap rokok pertama mereka dalam tempoh lima minit selepas mereka bangkit daripada tidur.
"Ini selaras dengan pemerhatian bahawa perokok mentol kelihatan lebih bergantung kepada nikotin berbanding perokok biasa," kata kajian FDA itu.
Rokok mentol menyumbang sekitar satu perempat pasaran rokok AS selain mendapat permintaan tinggi dalam kalangan belia dan perokok berketurunan Afrika.
Lebih 400,000 orang maut akibat penyakit berkaitan rokok pada setiap tahun di AS dengan kos penjagaan kesihatan mencecah AS$96 bilion (RM306 bilion). - AFP
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved