Mereka punyai kerjaya, kewangan yang stabil dan rupa paras kacak bergaya. Mereka menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Punyai ramai peminat, mereka juga bukan sahaja berbakat dalam bidang hiburan, malah ada di antara mereka juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
Namun begitu, sehingga sekarang mereka masih belum mendirikan rumah tangga. Ada di antara mereka sudah mempunyai kekasih, namun ada juga di kalangan mereka yang hatinya masih belum dimiliki. Jom kita semak lima orang jejaka yang GUA boleh klasifikasikan sebagai eligible bachelor!
Hans Isaac, 43
Antara filem-filem lakonannya ialah Hanya Kawan, Gemilang, Laila Isabella, Buli Balik dan banyak lagi. Hans juga bergelar pengarah dan penerbit menerusi syarikat miliknya sendiri, Tall Order Productions. Hans pernah menerbitkan drama untuk siaran televisyen, filem dan juga mementaskan beberapa judul teater. Dikatakan berkawan rapat bersama aktres Neelofa, sehingga kini hati Hans masih belum dimiliki. Pastinya ramai gadis di luar sana menantikan bilakah saatnya Hans bakal mengakhiri zaman bujang!
Fahrin Ahmad, 35
Jejaka yang mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang ini begitu aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan dan dia juga menjadi duta bagi beberapa produk. Terbaru, Fahrin bergandingan bersama Remy Ishak, Neelofa, Izara Aishah dan banyak lagi dalam sebuah filem adaptasi novel berjudul ‘Pilot CafĂ©’ arahan Osman Ali.
Jejaka yang aktif dalam sukan ragbi ini pernah bercinta dengan dengan penyampai radio, Linda Onn dan pelakon Scha Al Yahya. Namun begitu, sehingga kini Fahrin masih solo. Siapakah gerangan gadis bertuah yang berjaya menambat hati Fahrin?
Anuar Zain, 44
Setelah sepuluh tahun menyepikan diri, Anuar kembali merencana kerjayanya sebagai penyanyi solo pada tahun 1998. Semenjak itu, Anuar beroleh kejayaan demi kejayaan dalam bidang seni. Anuar juga pernah membintangi dua buah filem iaitu ‘Soal Hati’ dan ‘Bintang Hati’. Dikhabarkan sebagai antara penyanyi yang menerima bayaran yang mahal setiap kali persembahan, kemunculan Anuar di khalayak umum tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya. Anuar berjaya menempatkan diri dalam kelasnya yang tersendiri. Namun sehingga kini Anuar masih lagi membujang walaupun usianya telah mencecah angka 40-an.
Qi Razali, 37
Perjalanan seni Qi tidak terhenti di situ sahaja, malah wajah Qi menghiasi pelbagai rancangan seperti ‘Jalan Jalan Cari Makan’, ‘Art Attack’, ‘Field Trip USA’ dan banyak lagi. Aksi santai Qi menarik minat banyak program televisyen untuk menjadikan Qi sebagai teraju mereka. Selain itu, Qi juga bergelar pelakon menerusi beberapa drama bersiri seperti ‘Blogger Boy’, ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ dan ‘Friday I’m in Love’.
Pernah menyulam kasih bersama Julie Woon dan Yuna, kini Qi sedang hangat bercinta bersama aktres muda Nelydia Senrose. Namun begitu, masih belum ada tanda-tanda lagi bilakah Qi bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Nelydia.
Pekin Ibrahim, 33
Pernah berkasih bersama aktres Ayu Raudhah, nama Pekin kini semakin meniti populariti apabila dia tersenarai dalam calon Top 5 Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini. Namun begitu, status Pekin kini masih menjadi tanda tanya kerana dikhabarkan hubungan cintanya pelakon Uqasha Senrose menemui jalan buntu. Uqasha mengeluarkan keyataan yang hubungan mereka sudah putus tetapi Pekin pula berpendirian untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai kisah cinta mereka.
sumber: http://artismeletop.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment