Selepas pembukaan tempahan dilakukan di cawangan jualan Toyota, kini model terbaru Toyota Vios 2013 dilaporkan sudah tiba di Malaysia. Beberapa keping gambar “spyshot” mula kelihatan di Internet dengan sumber menyatakan gambar-gambar ini diambil di pusat latihan Toyota.
Difahamkan latihan sedang diberikan mengenai Toyota Vios 2013 kepada para penjual. Menerusi gambar di atas, dapat dilihat bahawa salah satu model yang bakal dijual ialah Vios TRD Sportivo. Nampak gayanya tidak lama lagi UMW Toyota pasti akan mengumumkan pelancaran model pilihan ramai rakyat Malaysia ini. Sama-samalah kita nantikan.