Sebelum itu, anda perlu tahu sedikit mengenai pemilihan katil :
- Pilihan katil sempurna mampu menyokong tubuh anda ketika berehat sepanjang malam…
- Langkah awal pastikan anda memilih katil sesuai ketika berkunjung ke kedai perabot atau lakukan penelitian awal…
- Pertimbangkan sewajarnya promosi daripada juru jual sebaliknya rasai keselesaan reka bentuk atau berbaring sendiri di katil yang anda minati…
- Elakkan memilih rangka katil terlalu besar hingga mengganggu ruang pergerakan atau menyebabkan kecederaan terutamanya kanak-kanak….
Itu berkenaan tips macam mana nak memilih katil…Berbalik kepada tajuk entri ini, cara betul penggunaan katil…
Tips yang MB ingin kongsikan bersama….Cara mengaplikasikan katil…..
- Letakkan katil pada kedudukan paling selesa di bilik tidur anda dan jika luas, tempatkan di bahagian tengah….
- Bagi bilik sempit, MB cadangkan supaya katil disusun rapat ke dinding mengikut keselesaan dan sedap mata memandang…Ini bagi mengelakkan perkara jatuh katil tidak berlaku…hehehe..
- Wujudkan ruang sisi katil sekurang-kurangnya 75 sentimeter (sm) bagi tujuan mengemas dan menukar cadar sementara bagi katil bujang pula, jarakkan antara 10 sm…
- Kemudian, tetapkan dulu individu yang menggunakan katil sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga tua.. Orang dewasa lebih ekstrem penggunaan katil sebenarnya..hehehe…
- Paling penting juga, berat dan ketinggian individu yang menggunakan katil juga perlu diambil kira dan sekiranya anda masih keliru, boleh dapatkan khidmat nasihat daripada kedai perabot pilihan anda…
- Pertimbangkan juga jangka masa penggunaan katil di bilik tidur anda selain pastikan ukuran tepat katil dan ruang…
- Paling penting, tahap keselesaan katil perlu diuji dan pastikan ia sesuai dengan dekorasi…Nak tidur perlukan keselesaan kan…
- Jika katil anda sudah mengeluarkan bunyi-bunyi bising, anda perlu periksa skru-skru dan bahagian sambungan katil..Ini bagi mengelakkan keruntuhan katil berlaku..hehehe….
- Selain itu juga, pastikan jenis tilam anda sesuai dengan kelebaran katil dan beban yang mampu katil anda tanggung…Faktor berat tilam dan berat pengguna harus di titik beratkan…Takut-takut nanti baru guna sebulan dua katil dah roboh…
- Jika menggunakan katil yang berasaskan besi tidak menjadi masalah…tapi jika bahan asas adalah kayu, pengguna harus berhati-hati….jangan terlalu lasak atau ganas menggunakan katil….
- Aspek keselamatan katil juga harus diambil kira…Elakkan guna katil yang mempunyai bucu-bucu tajam kerana ia membahayakan pengguna dan anak kecil….
Jenis Katil yang biasa digunakan :
Katil Queen Size |
Katil Bujang (single ) |
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment