Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Sedih! Isteri Pertama Ashraf Muslim Meluahkan Perasaan?

Baru-baru ini kita digemparkan denganperkahwinan kedua oleh Ashraf Muslim. Namun di pihak KisahBest.My, kami tidak mahu membangkitkan tentang isu sedemikian. Kita tunggu sahaja apakah yang bakal dilakukan oleh beliau dalam menangani masalah yang mendatang ini. Namun apa yang kami cuba sampaikan ini adalah tentang satu penyebaran bentuk puisi luahan hati yang kini sudah viral di laman-laman sosial. KisahBest.My difahamkan ia ditulis oleh Dayana sendiri. Namun begitu, ia ternyata bukan daripada Dayana dan ia telah direka oleh seseorang yang sudah pun membuat pengakuan.
Noor-Dayana1

komen
Sejak berita pernikahan kali kedua Ashraf Muslim terbongkar, isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman tidak pernah lagi tampil memberi kenyataan kepada mana-mana pihak media.
Terbaru, menerusi laman Facebook Noor Dayana, dia berkongsi luahan hatinya dengan menulis sebuah nota yang agak panjang menceritakan mengenai perasaannya berkaitan perkahwinan kedua suaminya itu.
Dalam luahan itu, Dayana seakan perit menerima berita tersebut dan menurutnya bapanya, Lokman Abdul Hamid, anaknya itu tidak pernah redha atau memberi sebarang keizinan untuk dimadukan oleh aktor tersebut.
Ashraf Muslim selamat bernikah buat kali kedua di Bangkok, Thailand dengan bekas krew televisyen, Wan Sakinah pada 7 Julai lalu.
Menurut sumber juga, Ashraf dan Sakinah sudah berhubung sejak sekian lama iaitu selepas sembilan bulan pelakon itu mendirikan rumahtangga dengan Dayana pada Ogos 2011.
Di bawah, penulis kongsikan bait-bait kata daripada Dayana buat tatapan pembaca semua.
Tak usah bicara tentang payung emas 
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana 
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah..
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved