Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Petua Mengecilkan Liang Pori Di Muka

mengecilkan pori
Ramai yang sering rungsing akan liang pori yang terbuka di wajah terutama wanita. Menurut kajian, lebih daripada 300,000 pori-pori berada pada wajah manusia. Saiznya adalah dua kali ganda bagi mereka yang berusia 25 hingga 50 tahun. Di sini terdapat 5 petua atau tips untuk mengecilkan liang pori di muka yang dapat anda amalkan.

1. Campurkan dua sudu mayones dengan perahan lemon. Sapukan pada wajah sebagai masker dua kali seminggu. Petua mengecilkan liang pori ini juga bertindak sebagai pelembap wajah.
2. Pakai toner selepas mencuci muka anda kerana semasa mencuci muka, liang roma akan terbuka bagi membersihkan kotoran yang melekat pada wajah. Selepas toner dipakai, letakkan moisturizer untuk melembapkan kulit anda.
3.  Ambil sapu tangan atau tisu dan balutkan beberapa ketulan ais dan usapkan di muka untuk beberapa minit. Ketulan ais boleh melambatkan muka anda daripada berminyak.
4. Amalkan scrub muka 2 atau 3 kali seminggu. Tujuannya adalah untuk membuangkan sel-sel kulit mati pada wajah anda.
5. Tambahkan 5 sendok makan madu dan dua sendok oatmeal dengan 2 sendok susu bubuk. Campur bahan menjadi satu. Pulaskan ramuan secara merata di wajah sambil diberi sedikit pijatan dengan gerakan memutar. Setelah selesai, basuh sampai bersih. Rawatlah wajah dengan ramuan ini secara rutin setidaknya 2 kali seminggu.
Kulit wajah yang sihat dapat meningkatkan keyakinan diri anda. Selamat mencuba
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved