Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Peminat Jangan Asyik Fikir Negatif Sahaja – Siti Nurhaliza

Kehadiran media sosial sememangnya mendekatkan lagi selebriti dan peminat-peminatnya. Namun kadang-kadang, ada gambar yang dikongsikan oleh si selebriti seringkali disalahtafsir dan difikir secara negatif oleh peminat-peminatnya. Datuk Siti Nurhaliza pun tidak terkecuali daripada menerima kritikan-kritikan sebegini.


Peminat-peminat Siti Nurhaliza turut sama bertekak di ruangan komen salah satu gambar yang dikongsikan oleh beliau menerusi Instagram. Gambar tersebut tidak lain tidak bukan gambar bahagian belakang badan Datuk K. Memang jelas terserlah kemachoan dan ke”tough“an Datuk K di dalam gambar ini.

Pelik juga  memikirkan apa punca peminat-peminat ini bergaduh sesama sendiri kerana gambar di atas. Mungkin mereka jeles tidak mendapat suami yang se”tough” Datuk K kot. Apa pun, Siti Nurhaliza memberikan penerangan panjang lebar mengenai perkara ini :-

Bagi saya media social ini diciptakan untuk sesiapa sahaja berkongsi apa yang patut mereka kongsikan. Macam saya pun banyak juga kongsi perkara-perkara yang selama ini peminat tidak tahu tapi saya kongsikan untuk dekatkan diri dengan peminat. Kadang kadang hal peribadi yang agak besar pun kita kongsi juga. Tapi masih tahu juga batas yang perlu dijaga bukan share semuanya di media social.

Sebenarnya apa yang kita sharekan tu tidak membawa maksud apa yang peminat fikirkan terutamanya perkara yang negatif. Kita rasa ok tapi yang melihatnya pula mungkin rasa sebaliknya. Cuma apa yang saya harapkan agar peminat boleh sentiasa berfikiran positif, jangan asik nampak yang negatif sahaja dan jangan jadikan sesuatu situasi itu nampak lebih rumit bagi sesetengah artis.

Bagaimanapun saya bersyukur kerana masih mempunyai peminat yang berfikiran positif dan juga sentiasa ada dihadapan ketika saya mengalami masalah seperti ini. Untuk saya bergaduh dengan orang lain yang saya tidak kenal buat apakan, tak bijak pun.


Ranking: 5
 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved