Join Us On Facebook

Please Wait 30 Seconds...!!!Skip

Fasha Sandha Jaga Batas Berlakon Dengan Aaron Aziz Demi Suami

Bagus sungguh Fasha Sandha. Menyedari dirinya kini bergelar isteri orang, Fasha telah menjaga batas-batas lakonannya bersama Aaron Aziz ketika penggambaran drama Tentang Hati. Untuk makluman, Fasha dan Aaron berlakon sebagai suami isteri di dalam drama ini.
fasha dan Aaron Aziz
Kata Fasha Sandha kepada portal Murai:-

Ini bukan kali pertama saya berlakon dan bekerjasama dengan dia (Aaron Aziz), tapi ini adalah kali kedua selepas filem Evolusi KL Drift pada beberapa tahun yang lalu. Cuma kali ini, kami bergandingan dan menjadi pasangan suami isteri.
Jadi kami tiada masalah untuk bekerjasama kerana dia pelakon yang sangat bagus. Malah, chemistry juga senang untuk diwujudkan kerana masing-masing sudah buat homework dari skrip yang diberikan. Bahkan, kami tidak kekok ketika melakonkan babak cinta tapi ada hadnya la untuk babak intim dan sebagainya kerana kami masing-masing pun sudah ada pasangan (berkahwin)
fasha dan aaron
Pastinya Jejai terharu mendengar kata-kata isterinya ini. Kesedaran sebegini harus ada kepada semua pelakon lelaki dan wanita terutamanya yang telah berkahwin. Walaupun sekadar berlakon, pasti hati suami atau isteri anda akan sedih melihat aksi mesra anda dengan pasangan lakonan anda. Kepada Fasha, teruskan menjaga batas anda dengan pelakon lelaki lain.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© DoubleSixZer0Se7en All Rights Reserved